Alhamdullilah, segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan keizinan kepada kita untuk menghirup kenikmatannya di bulan yang mulia ini, bulan kelahiran junjungan besar pesuruh-Nya, yang membawa rahmat sekalian alam, Nabi Muhammad S.A.W, penghulu sekalian nabi, juga penutup seluruh nabi, dan tidak ada lagi Nabi selepas kewafatan baginda S.A.W.
Bulan ini, bulan Rabiul Awal, umat Islam keseluruhannya berbicara tentang maulidur Rasul, berbicara tentang kelahiran Rasulullah S.A.W. Pada bulan inilah, tidak dapat dinafikan, umat Islam secara keseluruhannya memperbaharui rasa kecintaan mereka kepada baginda nabi S.A.W melalui program-program dan majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul di merata-rata tempat khususnya di negara ini. Mudah-mudahan, sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan itu memberi satu impak yang konsisten kepada seluruh umat baginda di akhir zaman ini yang terdedah dengan pelbagai fitnah, untuk istiqamah mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap baginda, yang tidak sekadar dizahirkan pada kalimah di bibir, sebaliknya dirasai secara halus dalam jiwa dan melalui aplikasi sunnah baginda nabi S.A.W.
Sekian , Salam maulidur rasul buat semua umat dan selamat bercuti !
No comments:
Post a Comment